Friday, April 17, 2015

MASA

Masa yang bersisa sudah semakin sampai ke penghujungnya...dengan baki masa yang kita punya marilah kita kembali kepada agama...ya!! Bukanlah aku ini sempurna tapi sekurangnya aku mengajak kalian agar menjadi yang sempurna di mata pencipta...kita tinggalkan seketika segala kepentingan dunia...renung sejenak apakah sudah cukup bekalan kita utk di bawa bersama setelah meningglkan dunia yang fana penuh tipu daya...sekali lagi aku berseru dengan nama Tuhan yang satu marilah kita berbekal sebelum bertemu dengan Yang Satu...ditarik nyawa tak akan diberi tahu terlebih dahulu...aku mengajak atas dasar kasih sayang kepada kalian tiada lain tiada bukan 😢😢


Smiley face

Wednesday, April 15, 2015

Azab Meninggalkan Solat

Mari muhasabah diri,mari jadikan diri kita takut pada azab Allah. Apa akan terjadi bila kita meninggalkan solat fardhu yang wajib ke atas kita?
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Barangsiapa yang memudahkan dan mensia-sia akan sembahyang lima waktu, nescaya akan diseksa oleh Allah SWT dengan lima belas siksa. Enam didalam dunia, tiga ketika hendak mati, tiga didalam kubur, dan tiga lagi semasa waktu bangun dari kubur menuju akhirat”


1. Enam siksaan semasa di dunia
  • Umur tidak diberkati, hidup panjang tetapi kosong dari amalan kebajikan
  • Rezeki tidak diberkati
  • Tipadamkan tanda mukanya dari orang-orang yang soleh
  • Tiada mendapat bahagian dari doa orang-orang yang soleh
  • Tiap-tiap amalannya tidak diterima oleh Allah
  • Tidak diangkat doanya, doanya tidak dimakbulkan oleh Allah
2. Tiga siksaan semasa hendak mati
  • Mati dalam keadaan sangat hina, tidak dapat mengucap dua kalimah syahadah
  • Dimatikan oleh Allah dalam keadaan dahaga, walaupun diberi minum dengan air laut, ia tidak dapat menghilangkan dahaganya
  • Mati dalam keadaan yang sangat lapar
3. Tiga siksaan semasa di dalam kubur
  • Allah menyempitkan kuburnya sehingga berlaga tulang rusuk kanan dengan tulang rusuk kiri
  • dibukakan salah satu pintu neraka di dalam kuburnya
  • Allah mewakilkan seorang malaikat untuk menyiksanya sehingga hari kiamat bersama seekor ular yang bernama Suju’al Akruk yang matanya dari neraka, kukunya dari besi neraka, dan panjang kukunya sehari perjalanan, dan suaranya seperti petir
4. Semasa hari kiamat
  • Turun seorang malaikat dari langit iaitu malaikat azab dengan rantai dari api neraka yang panjang tujuh puluh hasta dengan menusukkan rantai tersebut kedalam mulutnya hingga keluar rantai itu melalui duburnya dan menghela sekali dibahagian muka dan belakangnya
Sama-sama kita memperelokkan solat kita agar kita terlepas daripada siksa tersebut. Jika ada yang tinggal sebelum ini, gantilah solat tersebut selagi kita masih bernyawa. Selagi pintu taubat masih terbuka.
Smiley face

Sunday, April 12, 2015

Antara Tanda kecil kiamat

Antara Tanda kecil kiamat :

  • Terbinanya bangunan2 pencakar langit
  • Terbinanya masjid yg besar besar berlawan lawan membina masjid tapi tiada qoriah
  • Berlakunya gerak gempa
  • Bilamana suami takut isteri
  • Bilamana seorang ibu lebih takot dan hormat anaknya
  • Bilamana manusia lebih suka belanjakan harta kearah kejahatan dibandingkan belanjakan harta ke jalan Allah
  • Bilamana arak menjadi minuman biasa
  • Bilamana manusia lebih berminat kepada hiburan
  • Bilamana org2 agama lari ke bukit atau ke hutan
  • Bilamana bapak rogol anak
  •  


Antara Tanda besar kiamat :

  • Lahirnya Iman Mahdi (Imam Mahdi tak akan mengaku dia adalah Imam Mahdi)
  • Akan keluar dajjal
  • Akan keluar yakjuf makjud
  • Matahari keluar dari barat
  • Akan berlaku tiupan sangka kala

Smiley face

Kuatkan Murobbi kami

Dalam dunia ini utk lakukan kebaikan pasti ada cabaran, untuk tegakkan kebenaran pasti ada halangan, untuk sampaikan yang haq pasti akan ada caci makian dan itulah manisnya iman buat yang melaluinya pasti merasa kemanisannya

Kita tak nak bantu mereka yang menegakkan agama Allah atas muka bumi tak mengapa tapi tolong jangan hina mereka, jangan fitnah mereka yang berusaha utk menegakkan islam dan segala hukumnya 😢😢  Andai kita ragu dengan hasil usaha mereka, itu bukan urusan kita utk pertikaikannya,  andai benar mereka dusta,  itu urusan mereka utk menjawab dihadapan Allah swt

Buat mereka para ilmuan agama, moga Allah terus istiqomahkan mereka, kuatkan mereka dan memudahkan urusan mereka utk meneruskan kerja kerja agama tanpa jemu sehingga ke denyut nadi mereka yg terakhir 😄😄 

 Biar di caci hina manusia semoga diangkat darjat di sisi pencipta!!!!

Smiley face

Wednesday, April 8, 2015

Murobbi

Keras mereka mengegarkan hati...kelembutan mereka menyetuh sanubari...Mereka murobbi yang aku cinta dan kasihi kerana Illahi yang sudah banyak melembutkan dan membuka hati dalam menyusuri perjalanan hidup ini untuk KEMBALI..terima kasih wahai Illahi pencipta langit dan bumi sesungguhnya engkau maha memberi lagi maha mengetahui...kuatkan dan tabahkan aku dalam jalan ini buang riak dan takabbur dalam diri... 




Smiley face

COPYRIGHT@YOU HAVE THE RIGHT TO COPY