Wednesday, April 30, 2014

Solahuddin al ayubi


Smiley face

Pesanan Imam Al Ghazali


Smiley face

Semoga bermanfaat


Smiley face

Doa Rejab


Smiley face

Sudah Hafal 10 Ayat Al-kahfi

30.04.14

Drpd Abi Darda' Radiyallahu 'Anhu Berkata Nabi saw;"
Barangsiapa yang menghafaz 1-10 ayat dr surah Al-Kahfi dipelihara dan di selamatkanya dari Fitnah Dajjal '. (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Muslim, An-Nasaie)

Alhamdulillah...dalam rangkak sendu dalam masa 5 hari akhirnya berjaya hafal 10 ayat pertama surah al-kahfi...semoga dijadikan amalan setiap hari agar di jauhkan dari fitnah dajjal...

Ayuh teman ayuh abang ayuh kakak ayuh ibu dan ayah...mari mula dengan hafal 10 ayat pertama surah al-kahfi...ayatnya mudah sahaja bagi kalian insyaallah...bagi aku si pendosa sungguh memakan masa...setiap jumaat basahkan bibir dengan membaca 10 ayat ini semoga bermanfaat dunia dan akhirat...

#hambaPendosa

Smiley face

Aku hanya aku

Usah lihat siapa aku
Mungkin neraka lah tempatku
Ambillah ayat dan pesananku
Andai ianya membantu
Jauhilah dan tinggalkan aku
Jika aku menyekutui tuhanku
Berpesanlah kepadaku
Saat aku mula lupa asal ku
Aku hanyalah aku
Yang sering lalai dan buntu
Yang masih merangkak mencari halatuju


Smiley face

Tuesday, April 29, 2014

Hafal 30 Juzuk Al Quran

Tak mampu satu muka surat sehari hafal setengah mukasurat sehari
Tak mampu setengah muka surat hafal lah 5 ayat sehari
Tak mampu 5 ayat cukuplah dengan satu ayat sehari
Tak mampu satu ayat cukuplah satu baris sehari
Tak mampu hafal 30 juzuk hafal lah juzuk 30 dulu
Yang penting istiqomah ikhlas kerana Allah..
InsyaAllah kalian mampu menjadi pemelihara Al-Quran
Sama sama kita doakan ;)


Smiley face

Bacalah

Baca abang
Baca kakak
Baca ibu
Baca ayah
Bacalah Al quran
Al quran penyelamat kamu nanti
Dia datang sebagai syafaat
Dia terangi kubur yang gelap
Dia lapangkan kubur yang sempit
Dia hiasi kubur yang sunyi
Baca saudara baca saudari
Yang aku kasihi
Bacalah kalam Illahi
Setiap hari
Yakinlah akan janji di kemudian hari


Smiley face

Jom Melabur


click image to enlarge

Berdermalah selagi ada,
Beramallah selagi mampu,
Sebelum semuanya menjadi sesalah nanti di hari akhirat,
Tak akan berkurang harta yang didermakan malah makin bertambah,
Tak akan habis harta kekayaan yang disedekahkan melaiankan berlipat ganda
 
  

Smiley face

Monday, April 28, 2014

Andai Ia MUDAH



Smiley face

Pusat Jagaan Orang Tua Al-Ikhlas

Update : April 2014

Alhamdulillah...

Kerana ada hamba Allah yang perihatin menyebarkan message berantai maka pusat jagaan orang tua Al-Iklas telah di datangi oleh ramai sekali manusia yang ingin 'melabur' saham akhirat...

Tapi sayang sekali, makanan yang di sedekahkan terlalu berlebihan...Allahuakbar..penyayangnya orang malaysia ni...sampai melimpah ruah...semoga dipermudahkan untuk proses menjual kembali makanan kering yang berlebihan ataupun mungkin boleh di agihkan kepada tempat lain pulak...

P.s: Teruskan 'melabur' untuk saham akhirat kita wahai saudara saudari yang aku cinta :)


Smiley face

Friday, April 25, 2014

Jangan Lupa

Sungguh...kita semua adalah pendosa...kalaupun ada yang rasa diri suci dari dosa jangan sombong dengan pencipta untuk tidak bertaubat kepadaNya ;)


Smiley face

Jom Kumpul Amalan

Kalau dulu jarang jarang buat atau tak buat lansung...jom sekarang kita buat semua ni nak..kalau dihitung waktu yang telah kita siakan betapa banyaknya bukan...marilah perlahan lahan kita kembali melangkah mencari jalan pulang ;)


Smiley face

R.I.A.K

Mungkin ada orang kata nak menunjuk dia hafal quran...itu bukan soalnya...come on people lets be positive...nak ajak orang buat kebaikan diri sendiri kena buat dulu baru sampai maksud dan mudah orang nak ikut...


Kalau kita duk sembang kencang kata hafal quran ni senang tapi kita sendiri pegang quran pun jarang jarang mcm mana org nak paham and ambik pedoman ;)


I'm the living testimony...


Itulah satu kata yang mudah buat se0rang pendosa seperti saya...bukan dilahirkan dalam keluarga yang kuat agama...belajar agama pun kat sekolah sahaja...takde pergi kelas khusus atau sebagainya..tapi nak seribu daya...usah beri alasan kalau nak berjaya..itulah kuncinya ;)


Misi quran didada boleh???

Smiley face

Thursday, April 24, 2014

Jumaat-->>

Penghulu segala hari datang lagi...bangun pagi dengan penuh rasa syukur pada Illahi andai masih bernafas lagi...mulakan hari dengan penuh rasa syukur dan rendah diri...semoga hidup kita diberkati...banyakkan selawat kepada junjungan besar nabi kekasih Illahi...semoga kita smua mendapat syafaat baginda di akhirat nanti...


Salah ukhwahfillah abadan abada ya akhi wa ukhti ♥♥

Smiley face

Tuesday, April 22, 2014

Al quran di dada

Biar al quran didada
Kamu mampu merasa kelainannya
Pastikan tidak ada hari mu tanpa al quran
Bacalah walau cuma sepotong ayat
Al quran adalah penyelamat
Di dunia mahupun akhirat
Orang yang didadanya ada al quran
Akhlaknya luar biasa
Al quran mampu membentuk peribadi manusia
Simpanlah al quran di dada
Hafallah ayat ayat dari al quran
Sajaddah ,al mulk, al insan, dan ad dukhan
Cuba mulakan dengan yang ini
Anda akan mula rasa luar biasa
Dalam berhadapan dengan manusia
IQ nya menjadi luar biasa
Saat hadapi kesedihan dan kesukaran ingatlah anda ada al quran
Hebat bukan?
Walau di mana anda berada
Walau jauh pelusuk dunia
Anda tidak sendirian
Al quran adalah kawan
Di dunia dia teman
Di kuburan dia tetap setia menjadi teman
Semoga kuburmu tidak kegelapan
Al quran akan menerangi kuburan
Ingatlah dia saat masih bernyawa
Semoga kamu tidak sepi bila di sana

-Aku hamba pendosa-

Smiley face

Monday, April 21, 2014

Hidayah Milik Allah

Hanya dengan satu ceramah agama...
Allah buka pintu hidayah hamba...


Yang dulunya sangat jauh dari agama...
Kini mula berlapang dada menerima agama...
Yang dulu qurannya entah kemana kini dia bukan sahaja membaca malah menghafalnya..
Yang dulu nafsu menjadi raja kini dia mula sedar akan kebodohannya..
Yang dulu alunan lagu dunia bermain dijiwa sekarang alunan quran dan zikirullah menjadi temannya
Kalau dulu majalah hiburan teman masa lapang kini quran menjadi kawan
Kalau dulu ucapan melalaikan menjadi hobi kini lidah dibasahi dgn zikrullah...
Kalau dulu hati jarang rasa tenang tp kini jiwa sudah menjadi setenang tenangnya..
Kalau dulu tidur berteman lagu yg mengasyikkan kini diganti dengan bacaan al quran
Kalau dulu ketempat kerja berteman kan siaran radio tempatan kini diperkukuhakan lagi hafalan...



-Hidayah milik Allah-

Smiley face

L.A.L.A.I

Hiburan menjadi makanan harian
Lagu lagu melalaikan menjadi halwa telinga
Kaki rancak mengalunkan rentak
Telinga pekak dgn input agama
Mata seronok melihat maksiat
Tangan rancak menjalar menggenggam keseronokan dunia
Otak ligat mencari jalan menuju keseronokan yg maha hebat lagi dahsyat
Bahan bacaan melalaikan menjadi habuan akal seharian
Bibir dibasahi dengan menyanyikan lagu terkini putaran radio
Jari jemari rancak memetik mengikut irama rap
Rancangan tv yg melalaikan menjadi habuan penat lelah bekerja
Hidung lali menyedut asap ketika bergelumang dengan perokok tegar
Telinga dilagukan dgn umpatan kejian sesama manusia
Kaki terus melangkah ke gudang gudang membeli belah
Duit dilaburkan untuk menunjuk gah di depan manusia dengan pakaian hebat

Hamba yang terlalai
Smiley face

Jauh

Sudah jauh kaki melangkah
Sudah jauh mata memandang
Sudah jauh tangan memegang
Sudah jauh telinga mendengar
Sudah jauh mulut bicara
Sudah jauh akal merewang
Sudah jauh dari asal kejadian
Sudah jauh dari garis panduan
Sudah jauh dari segala yg disyariatkan
Sudah jauh dr zaman nenek moyang
Sudah jauh berlumut dosa
Sudah jauh dihimpit seksa
Sudah jauh dari ajaran sebenar
Sudah jauh ditinggalkan
Allah...aku sudah terlalu jauh
Allah...aku mahu kembali ke jalan Mu
Allah...aku takot
Allah....pimpin daku
Allah....rahmati aku
Allah....jangan biarkan aku sendiri
Allah....lindungi aku...
Allah....hanya padaMu aku berharap...
Allah...tunjukkan aku jalan pulang biar sejauh mana kakiku telah melangkah pergi...
Allah...jangan sesatkan aku dalam menyusur jalan pulang sehingga aku benar benar bertemu dengan Mu..


Smiley face

Thursday, April 17, 2014

Lembut vs keras

Aku sering mengeluh dengan kesusahan yang aku alami..
Aku sering mengeluh bila keadaan hujan dan kesesakan lalulitas tapi aku lupa sekurangnya aku ada kereta utk berteduh..
Aku selalu mengeluh bila rumah tiada air/elektrik tapi aku lupa sekurangnya aku ada rumah tempat berlindung...
Aku selalu mengeluh bila makanan aku tak sedap tp aku lupa aku setiap hari aku boleh makan semahuku...
Aku selalu merasa rimas bila didatangi fakir miskin tapi aku lupa ia anugerah Allah buat aku melabur untuk saham akhiratku..
Aku mengeluh kerna lambat didatangkan jodoh tapi aku lupa Allah sedang mendidikku melengkapkan diri dengan agama...
Aku mengeluh kasut kegemaranku rosak tapi aku lupa aku masih punya kaki untuk berjalan...
Keluhan demi keluhan buat aku berhenti mengeluh...

Smiley face

Al-kahfi 1-10

Diriwayatkan hadith dari Ma'dan b Abi Talhah al-Yakmariyi hadith dari abi Dardak bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: 'Barangsiapa yg hafal sepuluh ayat dari ayat-ayat awal Surah al-Kahfi, dijaga dia dari kerosakan Dajjal.' -Hadith Muslim-


Saudara, hadith pendek ini menyebutkan bahawa sesiapa yg berjaya menghafal 10 ayat permulaan Surah al-Kafi itu (dan dia hafal selama-lamanya sehingga mati dia), maka dia dipelihara oleh Allah (s.a.w) dari ftinah atau huruhara Dajjal yg akan diwujudkan Allah (a.w) ketika dunia hampir kiamat.

Smiley face

Wednesday, April 16, 2014

Ibu syurgaku

Bila aku menangis dia yang keringkan linangan air mataku..
Bila aku lapar dahaga dia sediakan makan minumku...
Bila aku belajar dia yang tahan kantuk menungguku di meja belajar...
Bila keputusan ku teruk dia yang sibuk memarahi ku..
Bila petang menjelang dia menemani ku bermain di laman rumah..
Bila aku tiada teman bermain, dia akan jadi teman ku..
Di kala aku berduka dia yang pertama turut sama merasa...
Bila aku kecewa dia sering bagi aku kekuatan untuk teruskan perjuangan...
Bilamana aku gagal dia yang pertama cari solusinya...
Bilamana aku sakit dia yang akan ubatkan...
Bilamana aku berjauhan dia kesunyian...
Bilamana aku pulang dia yang paling girang...
Ya..dia syurga aku...dan juga kamu...
Dia IBU...

Smiley face

Monday, April 14, 2014

Aku dan Paku

Terpanggil utk aku bercerita...ini mungkin bukan dongengan semata...baca dan buka minda..sama2 baiki diri...tadi aku ada terbaca post kawanku tentang 'amarah'...ye smua kita ada sifat itu..tidak dinafikan..aku juga begitu...

Seseorang pernah mengingatkan aku ttg marah..'Saya rasa awak perlukan paku'...aku : Paku??? Utk apa??? Lalu dia mula bercerita...

Mungkin direka..tapi jelas aku mula buka mata...kisah seorang anak yg sering marah...
"Satu hari si ibu memberikan satu bungkusan yg dipenuhi paku kepada si anak...
Si anak : Utk apa paku2 yg banyak ini bu??

Ibu : (sambil tersenyum) setiap kali kamu rasa marah kamu pergi ke tembok di depan rumah dan pakukan ke dinding tembok itu...


si anak : angguk tanda faham..lalu setiap kali si anak merasa marah dia akan memakukan tembok dihadapan rumahnya dgn paku2 yg disediakan ibunya...Sampai suatu masa, ruang tembok hampir dipenuhi paku2 itu...

si anak: Bu, kini aku seudah boleh mengawal rasa amarah ku bu...kini dia sudah bisa bertahan di kala marah..dia sudah bisa mengawal kemarahannya....dan si anak mula berubah..tidak lagi suka marah2...

si ibu : tersenyum...lalu si ibu menyuruh anaknya mencabut semula paku2 pada tembok itu.
anak :menurutnya...setelah selesai anaknya kembali kepada ibunya dgn gembira...

si ibu : sambil tersenyum mengajak anakknya ke tembok tadi lalu berkata..lihatlah anakku...kini kau bukan lagi seorang pemarah...tapi cuba kau lihat kesan2 paku pada tembok itu jelas masih kelihatan...dan akan kekal begitu selamanya anakku :) " 

Ingatlah rasa marah itu hanya utk seketika, tp kesannya akan terpalit selamanya jika dilepaskan begitu saja...apa kata kita lengahkan dulu rasa amarah itu, mungkin ia membantu...lebih2 lagi dgn ibu...takut menusuk hingga ke qalbu...bukankah di situ syurga mu...aku juga begitu suatu masa dulu...kita ubah selagi termampu, masih ada waktu...
Blessed Tuesday :)

Smiley face

Sunday, April 13, 2014

Al-Qiyamah

14.04.2014

Done hafaz al qiyamah within 15 days...ahahaha...surah pendek je kan...tapi pendosa seperti aku memakan masa 15 hari utk menghafaznya...


"Wei asal ko nak kecoh sgt hafal quran ah"

"Sebab aku tak nak hafal lagu..sbb aku nak dalam dada aku ada ayat Allah...sbb time aku sepi aku bleh 'nyanyikan' ayat Allah...sbb aku nak jadikan ayat Allah mainan di bibirku...and paling penting aku nak sibukkan diri dengan hafal ayat Allah instead of bz kan diri aku dgn buat benda haramjadah"...


P.s : bukan nak riak..cuma nak bagitau pendosa macan aku pun mampu hafal ayat Allah walau merangkak mcm kura2...yg tak pendosa mcm korang lagi la boleh ;)

Smiley face

COPYRIGHT@YOU HAVE THE RIGHT TO COPY