Sunday, March 30, 2014

Gunala tangan kanan ;)

Dulu aku pun sama...time makan western yg kena potong makanan dgn pisau guna tgn kanan dan aku akan cucuk makanan guna fork dengan tangan kiri lalu di suap kemulut...time makan makanan melayu pulak aku akan minum air dengan pegang gelas guna tangan kiri...aku buat apa yg mudah je tanpa pedulikan sunnah utk dahulukan tangan kanan...nak masukkan rezeki dalam tubuh badan aku pun aku main sumbat je...dimana keberkatan pun aku tak tahu..andai diambil tangan kanan oleh Allah agak agak mcm mana?? Dah suka sgt guna tgn kiri...


Aku mula sedar dan mula utk 'susahkan' diri dgn dahulukan tangan kanan...kalau makan western biasanya aku akan potong makanan siap2 then aku akan tukar pegang fork guna tgn kanan utk makan...sama la time minum pun aku akan cuba lapik tgn kiri dgn tgn kanan utk amalkan sunnah baginda...bermula dgn benda kecik lama2 kita akan buat benda besar pulak...


Aku tak nafikan, bila dah jadi kebiasaan nak ubah susah..tp kalau kita berusaha bolehnya...dont worry...walau malas mcm mana pun aku tetap jugak elak masukkan benda dalam mulut guna tgk kiri termasuk pegang bekas ais gelas atau cawan atau botol...cuba jugak guna tgn kanan ;)


Say NO to makan/minum guna tangan kiri ok...lets start today ♥♥

Smiley face

Al-muzzammil

29.03.2014

Alhamdulillah...finally dalam rangkak menghafal al-muzzammil aku berjaya lakukaannya...dihabiskan hafalan semasa pulang ke kampung halaman...suara kicauan burung yg mendamaikan membantu akal memproses isi nya barangkali


Walau hanya 20 ayat tapi masa yang aku ambil hampir sebulan utk menghafalnya...itu pun hafal sambil sambil...kalai yg bersungguh insyallah mampu lakukan dengan lebih mudah...

Selamat Mencoba...simpan al quran didada ;)

Smiley face

Thursday, March 27, 2014

Siapa Penulis

Aku manusia yg penuh dosa...dosa yang dilakukan dari seluruh anggota...aku taksub dalam dunia yang aku cipta tanpa merasakan akan kuasa pencipta...aku sering lupa, saat aku melakukan dosa, Allah masih pelihara segala aibku...kasihnya Allah kepada ku...

Aku bukanlah yang dilahirkan sebagai bijak pandai...aku hanyalah manusia yg biasa biasa...lahir dalam keluarga yang biasa biasa..dibesarkan dengan cara biasa biasa...pendidikan aku juga biasa biasa...memegang ijazah sarjana yang bagiku tiada apa apa...tiada apa yang nak aku bangga...

Andai dihutung dosaku...sepertinya tidak layak untuk aku sampaikan ilmu disini...tapi ini bukan sebab untuk aku mengalah dari terus menjadi pejuang agama Allah...si pendosa juga masih ada peluang untuk mendapat keampunan Allah...sesungguhnya Allah itu maha pengampun...

Maka izinkan aku menjadi daie walau dosaku menggunung tinggi...aku juga ingin kembali ke jalan yang diredhai Illahi...jangan lihat siapa yg menyampaikan tp cukuplah melihat apa yang di sampaikan...ambil lah yg bermanfaat untuk kehidupan kita...wallahu'alam

Smiley face

Iqra' ya akhi wa ukhti

Bacalah kalamnya wahai saudara saudari yang aku cintai...kitabnya mampu merungkaikan setiap persoalan dan teka teki dunia...ya, kalau dulu aku juga tidak percaya...tempatnya hanya diatas rak buku sahaja..dipenuhi debu membaluti kulitnya...tp kini aku jadikan dia teman...sungguh membuatkan ku rasa tenang dan disayang...rasai kelembutannya pasti kamu juga akan jatuh cinta ♥♥



Smiley face

Wahai Ummat Nabi Muhammad


Smiley face

Sunday, March 23, 2014

Berat timbangannya

Percakapan Nabi Musa a.s. dengan Allah s.w.t.

Musa a.s.: Oh Tuhan, ajarilah kami sesuatu yang dapat kami pakai untuk berzikir dan berdo'a kepada Engkau.
Tuhan: Ucapkan, Laa Ilaaha Illlallaah ha Musa.
Musa a.s.: Oh Tuhan, semua hamba-Mu telah mengucapkan kalimat itu.
Tuhan: Hai Musa, andaikan langit yang tujuh berserta seluruh penghuninya selain Aku, dan bumi yang tujuh ditimbang dengan Laa Ilaaha Illallaah, nescaya masih berat Laa Ilaaha Illallaah.
Kata Hikmah :
1. Kisah ini diambil dari hadis Nabi Muhammad s.a.w.  yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Hibban dan Imam Al-Hakim dari Abi Sa'id Al-Khud riyyi r.a.
2. Nilai Laa Ilaaha Illallaah lebih hebat daripada langit, bumi dan seluruh penghuninya.
3. Langit itu berpenghuni.
4. Bumi itu tujuh lapis sebagaimana langit.
5. Seutama-utama zikir adalah Laa Ilaaha Illallaah.

Smiley face

"Aku sangat rindu untuk bertemu mereka"

Pernah satu ketika, sedang Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba-tiba bergenang air mata Baginda Rasulullah S.A.W. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah S.A.W. Bila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar, Baginda mengatakan bahawa Baginda terlalu merinduiumatnya di akhir zaman yang disebut-sebut sebagai ikhwannya. Para sahabat merasa iri hati hinggakan Saidina Abu Bakar bertanya, "Bukankah kami ini ikhwanmu? Tidak Abu Bakar, kamu semua adalah sahabatku" kata Rasulullah S.A.W. Ikhwanku itu, menurut Rasulullah S.A.W adalah mereka yang belum pernah melihatku, tetapi mereka beriman dan mencintaiku. Aku sangat rindu untuk bertemu mereka".

Smiley face

Thursday, March 20, 2014

Walau seringgit

Jangan takut berkurangnya harta dengan bersedekah...tapi yakinlah ia semakin bertambah..rezeki Allah melimpah ruah ♥♥


Bersedekahlah saudara saudari...jadikan ia saham akhirat kita...sebelum nyawa berada di halkum sekarang ni nak buat apa buat la..nak semayang sekaranglah..nak buat baik sekaranglah...nak sedekah sekarang lah..nak baca quran sekaranglah..nak belajar quran sekaranglah..jangan bila nyawa sudah di halkum baru nak buat baik dah takde guna dah ;)



Smiley face

Rugi orang ini


Smiley face

Wednesday, March 19, 2014

Dipermudahkan urusan

Kamu mahu urusan mu dipermudahkan?? Permudahkan dulu urusan sesama manusia..insyaallah allah akan mudahkan urusan kalian...Allah maha mengetahui...lakukan kebaikan untuk mendapat redha Allah..


Kalau anda boss jadilah boss yg sentiasa perihatin terhadap pekerja...jadi boss yg sentiasa memikirkan kebajikan pekerja..jadi boss yg tidak merumitkan kerja pekerja..


Kalau kalian pekerja maka jadilah pekerja yg menyenangkan boss..jadi lah pekerja yg sentiasa menyenangkan urusan boss..jadilah pekerja yg bertanggungjawab...jadi pekerja yg perihatin terhadap boss tp bukan kipas boss ;p


Kalau anda anak ibu bapa guru atau siapa sahaja l, tolong mudahkan urusan org yg berurusan dgn anda secara lansung mahupun tidak lansung...yakin lah Allah akan mudahkan urusan kalian..
Ingat, segala nikmat yg kita dapat mungkin dari doa orang2 yg kita telah berbuat kebaikan kepada mereka..doa ibu bapa mahupun keluarga..maka jangan lokek utk berbuat kebaikan dan mudahkan urusan org lain ye..walaupun sekecil memberi laluan di jalan raya ;)


Senyum selalu..senyum sokmo ♥♥

Smiley face

Tuesday, March 18, 2014

Kehilangan yang di rindu

Jadilah kehilangan yang dirindui agar sentiasa didoakan kesejahteraan...jangan jadi kehilangan yang di nanti untuk bertepuk tangan...biar hadirmu adalah sesuatu yang menyenangkan..


Masa hidup berbaktilah kepada setiap insan..semoga saat kematian ada yang sudi mendoakan...mudahkan urusan manusia nescaya Allah akan mudahkan urusan kalian...jangan sombong dengan apa yang kita ada...takut takut Allah tarik tiba tiba sebelum kita bersedia...


Semudah cara hanya dengan mendoakan agar insan lain dipermudahkan segala urusan..saat kamu mendoakan, urusanmu sudah pun dimudahkan oleh tuhan...mudah kan?? ;)

Smiley face

Monday, March 17, 2014

Kitab dan Pen

Hari ni kita cerita skit adab menuntut ilmu...ingatla kita ni bukan hebat mcm ulama dulu dulu..mcm imam syafie yg sekali dengar bleh hafal setiap patah kata kan..kita ni sifatnya mudah lupa..lemah ingatan kerna sering melakukan maksiat dan dosa..ini kena percaya la..keluar je rumah dosa dah menunggu kan...dosa mata telinga mulut...maka oleh itu janganlah malas nak catat apa yg disampaikan oleh ustaz ke guru kita...


Dalam kelas kat university bukan mainlah buku nota highlighter mcm2 clour hah..notebook dah macam buku mewarna...tp bila dgn kuliah agama satu apa pun tak bawa...dengar ustaz mengajar bleh peluk tubuh lagi..jangan la begitu..rendahkan la hati dalam nak menuntut ilmu..kalau berpeluk tubuh macam mana ilmu nak masuk...mungkin kita kesejukan pada masa tu kan..tp hormatilah guru dihadapan..bila berpeluk tubuh pakar psychology kata kita org yg tak nak terima pendapat org lain...kita tutup hati tak nak terima..haaaa ni kata pakar la..so kita jaga la adab menuntut ilmu semoga diberkati...


Menuntut ilmu itu ada padanya kitab dan pen..makanya salin la catit la apa yg ustaz bagitahu..nanti lupa...kalau tak nak guna kitab ngan pen catit la dalam note 3 ke iphone ke apa ke kan...bukan saja utk kita, tp nanti dapat kongsikan dengan semua..bukankah itu juga pahala..p dengar dapat pahala..kongsi ilmu dapat pahala...tu diaaa...


Insyaallah semoga kita semua istiqamah dalam berhijrah menuju redha Allah azzawajalla...

Smiley face

BIAR DOSAKU MENGGUNUNG


Smiley face

Thursday, March 13, 2014

Musibah vs Nikmat

Kita mmg cepat panjatkan doa time ditimpa musibah...tp kita tak berapa cepat nak ucapkan syukur saat dilimpahkan dengan nikmat dan kesenangan...

Apa kata bermula dari hari ini..ya kalau anda baru baca entry ni hari ni maka ini adalah harinya..kita sama sama bermula..untuk panjatkan rasa syukur..setiap lagi bangun saja dari tdo...bersyukur kerana Allah masih pinjamkan nyawa untuk kita...cuba bayangkan kalau allah tak kembalikan roh kita dah pagi ni...innalilillahiwainnailaihirojiun...

Selagi masih dipinjamkan nafas maka marilah kita ucapkan syukur kepada Allah...kita cuba pagi esok bleh...tak payah tunggu nikmat jutaan ringgit baru nak bersyukur...belajar bersyukur dgn benda kecik dulu..insyallah kita akan tergolong dlm golongan hamba yg sedikit...golongan apa?? Golongan yg bersyukur ;) 'amat sedikit hambaKU yang bersyukur'

Smiley face

Wednesday, March 12, 2014

Mudahnya nak Ingat Allah

Biarlah dada aku dan kamu di penuhi dengan ayat ayat Allah...aku cuba memadatkan urusan dunia ku dengan hafalan ayat ayat Allah agar benak fikiranku tidak terus mengelamun memikirkan khayalan duniawi...dari saat aku bangkit dari tidur seawal pagi sehingga aku kembali rebahkan badan untuk beradu..mahu sahaja aku penuhi dengan ilmu..Ya Allah, bantu aku dalam perjalanan mencariMu...


Mulakan dengan sekecil amalan...waktu lapang aku cuba basahi lidah dengan zikirullah...nampak mudah tapi bagi aku pendosa cukup payah..fikiran yang sering mengelamun dr mengingati Allah..zikrullah...nampak ringan dibibir tapi berat timbangan nya nanti...tasbih tahmid takbir memuji Allah...ayuh teman, aku perlukan kalian dalam memimpinku saat aku lemah dan rebah...kita saling memperingati ya ♥♥

Smiley face

WALAU SATU AYAT :)


Smiley face

Monday, March 10, 2014

Al-Muzzammil

11.03.14
Hari ni aku mulakan hafalan surah al-muzzammil...Wahai orang berselimut!!! Haaaa tak terasa ke kita la org berselimut...nak bangun tahajjud mmg payah sekali la...dah sedap tdo tgu azan subuh berkumandang la baru bangun kan..tu pun ada yg jenis dengar azan dia sambung tarik selimut...semoga kita bukan golongam mcm tu la k...


Dalam surah ni jugak Allah ada berfirman yg bermaksud ibadat malam itu lebih kuat kesannya pada jiwa dah lebih betul bacaannya...kita disuruh beribadat pada waktu malam kerna pada waktu siang kita bz dengan urusan dunia kan...maka luangkan sedikit waktu untuk bermunajat pada Allah...


Surah ni pendek je..ada 20 ayat..19 daripadanya pendek pendek saje..cuma ayat ke 20 tu panjang skit..ntah la berapa lama masa yg diambil untuk mengjafal surah ni..semoga Allah permudahkan..


Jom sama sama cuba hafal surah ni nak?? ♥♥

Smiley face

COPYRIGHT@YOU HAVE THE RIGHT TO COPY