Sunday, July 20, 2014

Dulu tak pernah

Dulu
Tak pernah buat..sekarang rasa semakin dekat semakin mahu mendekakan diri dengan Illahi..hati semakin tenang..jiwa semakin lembut menerima kebenaran hakiki..mula dengan cuba menyimpan kalam Illahi..

Sekarang

Puasa dan jaga solat yang lima
Bangun tahajjud walau mengantuk
Solat sunat dhuha
Qiamullail di masjid
Hadiri majlis ilmu
Ajak teman sama sama hadiri majlis ilmu
Hafal al quran
Baca quran setiap hari
Solat awal waktu
Banyak berzikir
Banyak selawat
Hati lebih lembut
Menyayangi ulama
Jaga tutur kata
Moga moga kita semua mampu

Smiley face

Friday, July 18, 2014

Sentuhan Jiwa

Ramadhan pertama sepanjang perjalanan hidup ini..

Kerna hati ku pernah disentuh dengan ceramah beliau..aku berubah kerana Hidayah Milik Allah...

Tahajjud 8 rakaat
Sunat taubat
Sunat hajat
Witir
Subuh
Tazkirah subuh

Moga moga Allah terima setiap amalan..

Bukan utk riak dan takabur..

Mari kakak abang kita kembali pada jalan Allah..moga moga kita mati dengan Allah di dada..

Kita hamba banyak dosa aku juga..andai dihitung nereka jawabnya..

Tapi aku yakin Allah maha pengampun maha pengasih


Smiley face

Wednesday, July 16, 2014

Ramadhan pertama

Sepanjang lebih 3 dekad usia..jujur aku kata..ini pertama kalinya...ramadhan aku jaga..jaga yang lima..sentiasa baca kalamnya..bibir dibasahi dengan mengingatiNya..kalau dulu aku hanya dapat lapar dahaga..jelasnya aku sang pendosa..moga moga Allah terima ;'(

Kawan kalau ada yang masih jauh dari agama..marilah jadikan ramadhan ini titik mula..kita jaga yang lima..jaga tiang agama..moga moga Allah redha..moga moga Allah terima amalan kita..moga moga beroleh syurga biar pun sebanyak mana dosa..kita hanya hamba si pendosa

Aku sayang kalian kerana Allah..aku mahu kita sama sama beroleh syurga Allah

Smiley face

Bercintalah dengan Al-Quran

Perbanaykkanlah bacalah al quran dibulan ramadhan

Quran akan selamatkan kamu di padang mahsyar..

Selagi punya nafas bercintalah dengan Al-Quran

Quran adalah kalam Allah

Quran ni Allah karang kenapa kita tak nak baca

Quran boleh sembuhkan penyakit mengikut tahap ketakwaan kita

Quran boleh menyembuhkan sihir dan santau..kitab lain tak mampu sembuhkan sihir

Al quran sebagai hujjah kita di akhirat nanti


Smiley face

Sunday, July 13, 2014

Jaga Yang Lima

Aku tahu masih ramai yang diluar sana yang belum bersedia menunaikan solat..menjaga 5 waktu..berpuasa hanya dapat lapar dahaga semata..

Ayuh abang kakak ibu dan ayah..marilah..kita tegakkan tiang agama..jangan sampai goyah tiangnya..marilah jaga..sekurangnya solat yang lima...

Abang kakak orang yang gagah..gagah bicara..gagah tubuh badan..gagah dalam pemikiran..ayuh kita tambah gagah dengan menjaga solat wajib...

Hari pertama kita kata payah..

InsyaAllah hari ke 40 segalanya tampak mudah..dan meninggalkannya menjadi payah..moga moga..
Dibulan penuh barakah ini..apa kata kita mula..jaga solat sebaiknya..menangislah memohon ampun padaNya..biar sebanyak mana dosa..Allah maha pengampun kawan..

Biar pernah berzina dengan lebih 1000 wanita..biar minum arak 5 lori sehari..pintu taubat sentiasa terbuka...sebelum nyawa tersekat sekat..ayuh abang kakak..kita bertaubat..

Aku sayang kalian kerana Allah

Smiley face

RM1 Save Palestin

Biarpun seringgit yang mahu disumbangkan..biar ikhlas..moga moga seringgit itu akan dihitung di akhirat nanti..moga moga dengan seringgit itu mampu memberatkan timbangan amalan kita nanti..


Jangan hanya berpeluk tubuh kawan..mungkin kita tak mampu angkat senjata tp jangan kata tak mampu angkat tangan untuk berdoa..jangan nanti bila ditanya apa sumbangan kita buat saudara seagama..kita hanya ternganga nganga..

Smiley face

Friday, July 11, 2014

Infaqkan harta buat mereka

Buat pembaca budiman..

Infaqkan lah harta pada jalan Allah..mereka pejuang pejuang agama..bantu mereka..tak banyak sikit pun jadilah...itulah harta kita nanti..jika ditanya apa yang kita lakukan untuk mereka, sekurangnya tangan yang memberi infaq akan selamatkan kita...jangan berkira utk bersedekah kawan...bulan ini digandakan amalan..pintu kemudahan sudah terbuka luas...takkan tak nak ambil peluang keemasan..lakukan kebajikan kerana Allah...

Membantu orang dalam peperangan sama seperti kita keluar perperang..tak mampu angkat senjata angaktlah tangan untuk berdoa..takkan tu pun tak bolek kawan...

Jangan kata nak raya ni nak pakai duit la..tak cukup nak infaq...ingat janji Allah..tak akan papa org yang bersedeqah..takkan kita nak dustai ayat Allah...belanjalan harta pada jalan Allah ganjarannya tak ternilai kawan...andai nyawa diambil sebelum berakhit ramadhan?? Berpuas hati dengan harta yg kita simpan utk raya?? Fikir fikirkan..aku juga sedang ingatkan diri sendiri ;'(


Smiley face

Save Palestine

Sekurang kurang amik cakna apa yg berlaku pada mereka..
Jangan hanya butakan mata pekakkan telinga..
Sebarkan pada semua apa keganasan yang dilakukan pada mereka agar dunia mula buka mata..
Sama2 merasai akan sengsara mereka..
Mereka tak mintak banyak dari kita..
Cukup agar kita tahu wujudnya mereka..
Mereka pejuang2 agama..
Sama sama kita buka mata dunia
Sama sama kita doakan kejayaan mereka..
Islam pasti akan menang tunggu masa..
Jangan berhenti munajat dan berdoa..
Jangan terlalu asyik dengan piala dunia..
Moga moga kita juga sama sama ke syurga seperti mereka..
Moga moga cakna kita dikira
Doa..
Doa..
Doa..
Itu saja senjata yang kita ada...
Sumbangkan apa saja..
Jangan hanya lihat dan dengar semata..
Gerakkan segala anggota dan harta yang kita ada..
Sebarkan pada semua..
Setiap itu dikira..
Itu janji DIA..


Smiley face

Thursday, July 10, 2014

Save GAZA

11.07.14
13 Ramadhan

Selama ini aku hanya melihat semata mata..gambar/video ngeri menyayat hati yang di kongsikan di seluruh dunia..tapi hari ini aku menitiskan air mata...aku tak sanggup lagi untuk lihat mereka menderita..aku mula rasa..sakitnya...tapi aku yakin mereka sudah di jamin syurga...

Lakukan apa saja..yang termampu oleh kita...

Taip 'Palestin 10' send to 39111

OR

Boleh infaqkan ke acc dibawah..insyaallah inilah sumbangan kita buatvsaudara seagama..coba sedaya upaya..rasai seksa derita mereka..anak kecil yang tidak berdosa...Allahuakbar...

http://www.amanpalestin.net/
Dana Sumbangan & Derma
Bank in:
Bank Islam:12029010047880
Maybank:562263010787
Bank Muamalat:12070005133717
RHB Islamic Bank:21245760004907
Bank Rakyat:22-080-619592-2
Tabung Wanita & Kanak-Kanak Palestin | Bank Islam:1202-9010-0598-95
Bank CIMB:8600460353


Smiley face

Tuesday, July 1, 2014

Pelajari Al quran



Smiley face

Kesilapan lakukan di bulan Ramadhan

Kesilapan Kerap Muslim lakukan di Ramadhan :


1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).
Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam.
Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain.
 Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.

Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)
يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة
Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih.
Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936).

Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.
Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya.

6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih.
Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.
Senyum

Smiley face

COPYRIGHT@YOU HAVE THE RIGHT TO COPY