Saturday, October 3, 2015

Apps wajib as a muslim

Gunakan telefon pintar bukan hanya untuk tujuan dunia tapi buat cari bekalan akhirat sama...sebagai muslim pastikan these basic apps available in ur phone...jangan lah berkira sangat nak beli full version...tak sampai pun ratusan ringgit...full version iAllah without ads and lebih banyak features iAllah...semoga Allah mudahkan urusan mereka yg mencipta these apps

May these apps help u to remember Allah & Muhammad Rasullullah

Prayer time
Digital tasbih
IQuran
Memorize quran





Smiley face

Memorize Quran Apps

Antara apps yang boleh dianggap membantu dalam proses menghafaz al quran 

Saya dah beli yang full version so ianya boleh di PLAY bacaan 30 juzuk al quran insyaAllah



Kita boleh pilih nak ulang ayat mana hingga ayat mana...boleh pilih speed bacaan samaada perlahan sederhana atau laju...boleh highlight surah mana yang sudah di hafaz..

For me this apps really help me to motivate myself untuk meneruskan hafazan...biar pun lambat tapi in the end u akan rasa "wow aku dah hafal satu dua lima tukuh etc surah dah"

Yes ur effort insyaAllah will be count as amal soleh...Allah itu maha mengetahui...buang segala rasa riak ujib takabbur dalam diri...lakukan demi Allah dan kongsikan buat manfaat orang laon agar berganda kiraan pahala

Jom pulun kumpul pahala agar mati nanti ada bekalan nak di bawa 😌😌



Smiley face

Jangan Tinggal

Lepas solat jangan tinggalkan wirid ini...dari surah al baqarah...semoga akan dipelihara iman kita sehingga akhir hayat

Ameen Allahumma Ameen



Smiley face

Hafazan Juz 30

Tak mampu lagi nak hafaz 30 juz kita cuba cuba dulu hafaz juz 30 atau lebih dikenali dengan juz amma...



Sama sama kita cuba bukan untuk lumba siapa lebih 'terror' antara kita tapi sebagai titik mula untuk mendekatkan diri dengan kalam pencipta

Moga setiap satu usaha akan dikira sebagai bekalan disana...

Bila dah hafal a few surah InsyaAllah didada tersimpan sebahagian al quran...sebelum berbuat kejahatan sekurang merasakan diri ada 'harta simpanan' ..MAKA KATAKAN JANGAN

Moga ini asbab mencegah kita melakukan kemaksiatan

Moga ini asbab kita selalu ingat Allah

Moga ini asbab untuk kita sering berzikir dengannya

Moga ini asbab bawa kita ke SYURGA

AMIN ALLAHUMMA AMIN

P.s : Dalam rangkak IAllah berbaki 7 surah lagi untuk di hafaz...doakan akhir tahun ini aku selaku hamba pendosa mampu menghafaz 1 juz dari al quran buat bekalan 🌹

041015 🌹





Smiley face

Sunday, August 9, 2015

Sedekah pada jalan Allah

Susah nak cari tabung??
Tak tahu kesahihan kewujudan pusat pengajian??
Duit ada tak tahu mana nak sedekahkan??
Hari jumaat nak sedekah tp tak jumpa orang nak di sedekahkan??
Duit sikit tapi nak sedekah jugak??
Nak sedekah hanya dengan 'click'??

Semoga ini menjadi jariah kita semua di alam barzakh..yg sentiasa mengalir pahala...jangan tunggu tutup mata...sia sia...biar seringgit dua demi redha tuhan insyaAllah ganjarannya melimpah ruah 


Smiley face

Problem vs solution

Setiap masalah pasti ada jalan kluar
Dengan satu syarat jangan pernah jauh dari tuhan
Merayu menangislah pada Allah
Dia maha mendengar
Dia dengar rayuan hamba
Dia tak pernah mensia siakannya


Smiley face

Sod Ba Ro

La Tahzan
Jangan bersedih dengan setiap ujian
Cukuplah titisan air mata sekadar membasahi pipi buat sementara
Selebihnya serah pada Allah yg maha kuasa
Dia datangkan kesedihan
Dia jualah kembalikan kegembiraan
Segala nya milik DIA

Smiley face

Mahu pertolongan

Usah gusar...
Letakkan segala kebergantungan hanya pada Allah
Dia mahu tahu
Kita hanya manusia dungu

Smiley face

Jangan menghukum



Smiley face

Monday, July 6, 2015

10 malam terakhir ramadhan

Malam ini bermula 10 malam terakhir ramadhan...misi mencari malam lailatip qadar malam yang lebih baik dari 1000 bulan...yang lebih utama adalah menghidupkan malam ramadhan yg berbaki beberapa hari...takot takot ini ramadhan yang terakhir kali...takot takot sudah tidak berkesempatan untuk menyambut ramadhan kesekian kali...



Smiley face

Tuesday, May 19, 2015

Wednesday, May 13, 2015

SAHABAT

Aku berpesan kerana aku sayang kalian kerana Allah



Smiley face

Allah Kasih

Allah mengasihi orang yang sentiasa bersedekah...maka jangan la kedekut nak sedekah...didik hati didik diri utk sentiasa bersedekah sama ada harta benda atau pun gunakan kudrat yg kita ada utk berbuat kebaikan dan bantu orang lain itu jugak adalah sedekah

Allah juga sayang orang yg menahan amarah dan memaafkan orang lain...bersabarlah saat diuji jangan mudah melontar kata kesat..didik lah hati perlahan lahan...belajar menahan amarah lama kelamaan ianya akan hilang dari terus bersarang dalam diri...masa tu kita mula akan rasa tenang

Dan selalulah memaafkan orang lain...tak perlu simpan dendam akan setiap kejahatan mereka malah maafkanlah...Allah maha pengampun takkan kita tak boleh nak maafkan org lain...setiap malam sebelum tidur belajar maafkan semua orang yakinlah hati akan tenang...

Selamat malam semua...aku sayang kalian kerana Allah

Smiley face

Tuesday, May 12, 2015

iQuran

Buat masa sekarang ini adalah antara aplikasi quran terbaik utk di download bagi pengguna smart phone...

1. Audio bacaan qari pilihan yang banyak membantu dalam memperbaiki bacaan..

2. Terjemahan yang didatangkan dengan beberapa bahasa dan bahasa melayu adalah antaranya menudahkan utk memahmi makna ayat yang dibaca atau sebagai rujukan pantas saat memerlukan

3. Font size yang boleh dibesarkan sesuai utk golongan berusia 😄

4. Peringatan / reminder seperti setiap hari jumaat akan ada pop up reminder "have u read al kahf today" dan dihari lain ia akan keluar pop up "have u read quran today" ...sepertinya iphone kita lebih alim dari tuannya 😝

5. Ini adalah antara aplikasi yang disarankan oleh syeikh ali jaber ...setakat hari ini isi /kandungan al quran adalah reliable tapi utk masa akan datang wallahualam apa saja boleh berlaku dgn teknologi 😀

Apps ini boleh didapati di playstore mahupun appstore dengan harga kurang dari RM 30 

Di harap ini membantu

Al quran sentiasa bersama insyaAllah ✌️


Ada terjemahan bahasa melayu

Boleh memilih terjemahan ke bahasa lain

Juga boleh memilih bacaan qari yang disukai

Smiley face

Thursday, May 7, 2015

ALLAH MAHA PENGAMPUN

Allah itu maha mengetahui, Maha Pengampun lagi Maha Penyayang...
 
Firman Allah, 
 
"Katakanlah: "Hai hamba-hamba'Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah Sesungguhnya, Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya, Dia-lah Yang MahaPengampun lagi Maha Penyayang." (QS. Az-Zumar: 53)

Dalam ayat tersebut, Allah juga melarang hamba-Nya berputus asa dalam memohon keampunan Allah. Allah mengabarkan pula bahwa Dia akan mengampuni siapa saja yang bertaubat kepada-Nya, baik dari dosa-dosa kecil maupun yang besar. Tidakkah Anda merasa gembira dan bahagia dengan firman Allah s.w.t.,


"Dan, (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau
menganiaya diri mereka sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan keji itu, sedang mereka mengetahui."

Juga firman-Nya,
"Dan, barangsiapa mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia memohon ampun kepada Allah, niscaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (QS. An-Nisa': 110)
Firman-Nya yang lain,
"Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yang dilarang kamu mengerjakannya, niscaya Kami hapus kesalahan-kesalahanmu (dosa-dosamu) yang kecil dan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia (surga)." (QS. An-Nisa': 31)
Firman-Nya yang lain,
"Sesungguhnya jika mereka ketika menganiaya dirinya datang kepadamu, lalu
memohon ampun kepada Allah, dan rasulpun memohonkan ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang." (QS. An-Nisa': 64)
"Dan, sesungguhnya Aku Maha Pengampun bagi orang yang bertaubat, beriman, beramal salih, kemudian tetap di jalan yang benar."
(QS. Thaha: 82)

KeSimpulannya, selagi hamba itu bertaubat, meminta keampunan dan menyesali perbuatannya, maka Allah akan mengampuninya.

Smiley face

Tuesday, May 5, 2015

SEDEKAH

Terlalu banyak ayat yang Allah sebutkan dalam Al quran mengenai sedekah tapi kenapa kita masih tak nak bersedekah...

Walhal harta yang sebenar benar milik kita adalah harta yang kita infaq kan pada jalan Allah...Allah tak akan kurangkan harta siapa yang bersedeqah pada jalannNya tapi manusia sering ragu akan Nya dengan mengikut bisikan syaitan dimana dengan memberi akan mengundang kepapaan...sayang sekali

Mulai hari ini tanamkan dalam diri utk ringankan tangan utk bersedekah pada jalan Allah...beri makan fakir miskin dan anak yatim...iAllah dengan teknologi masa kini memudahkan kita utk bersedekah...bantu ustaz2 yang bukak sekolah tahfiz yg kebanyakan pelajar mereka adalah golongan fakir dan anak yatim...

Macam macam cara lagi utk bersedekah sekali pun bukan dengan harta kekayaan tapi dengan akhlak dan budi bahasa...sedekahkan tulang empat kerat utk berbuat kebajikan

Mati esok, harta yang kita ada tak berguna lagi....malah harta itu nanti akan di bakar dan dicurah dalam tulang rusuk kita...masa tu dah tak dak guna dahh...sekarang la kalau nak infaq kan harta jangan tunggu lama...mati tak dak tanda...

**Aku berpesan kerna aku sayang semua







Smiley face

Friday, April 17, 2015

MASA

Masa yang bersisa sudah semakin sampai ke penghujungnya...dengan baki masa yang kita punya marilah kita kembali kepada agama...ya!! Bukanlah aku ini sempurna tapi sekurangnya aku mengajak kalian agar menjadi yang sempurna di mata pencipta...kita tinggalkan seketika segala kepentingan dunia...renung sejenak apakah sudah cukup bekalan kita utk di bawa bersama setelah meningglkan dunia yang fana penuh tipu daya...sekali lagi aku berseru dengan nama Tuhan yang satu marilah kita berbekal sebelum bertemu dengan Yang Satu...ditarik nyawa tak akan diberi tahu terlebih dahulu...aku mengajak atas dasar kasih sayang kepada kalian tiada lain tiada bukan 😢😢


Smiley face

Wednesday, April 15, 2015

Azab Meninggalkan Solat

Mari muhasabah diri,mari jadikan diri kita takut pada azab Allah. Apa akan terjadi bila kita meninggalkan solat fardhu yang wajib ke atas kita?
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Barangsiapa yang memudahkan dan mensia-sia akan sembahyang lima waktu, nescaya akan diseksa oleh Allah SWT dengan lima belas siksa. Enam didalam dunia, tiga ketika hendak mati, tiga didalam kubur, dan tiga lagi semasa waktu bangun dari kubur menuju akhirat”


1. Enam siksaan semasa di dunia
  • Umur tidak diberkati, hidup panjang tetapi kosong dari amalan kebajikan
  • Rezeki tidak diberkati
  • Tipadamkan tanda mukanya dari orang-orang yang soleh
  • Tiada mendapat bahagian dari doa orang-orang yang soleh
  • Tiap-tiap amalannya tidak diterima oleh Allah
  • Tidak diangkat doanya, doanya tidak dimakbulkan oleh Allah
2. Tiga siksaan semasa hendak mati
  • Mati dalam keadaan sangat hina, tidak dapat mengucap dua kalimah syahadah
  • Dimatikan oleh Allah dalam keadaan dahaga, walaupun diberi minum dengan air laut, ia tidak dapat menghilangkan dahaganya
  • Mati dalam keadaan yang sangat lapar
3. Tiga siksaan semasa di dalam kubur
  • Allah menyempitkan kuburnya sehingga berlaga tulang rusuk kanan dengan tulang rusuk kiri
  • dibukakan salah satu pintu neraka di dalam kuburnya
  • Allah mewakilkan seorang malaikat untuk menyiksanya sehingga hari kiamat bersama seekor ular yang bernama Suju’al Akruk yang matanya dari neraka, kukunya dari besi neraka, dan panjang kukunya sehari perjalanan, dan suaranya seperti petir
4. Semasa hari kiamat
  • Turun seorang malaikat dari langit iaitu malaikat azab dengan rantai dari api neraka yang panjang tujuh puluh hasta dengan menusukkan rantai tersebut kedalam mulutnya hingga keluar rantai itu melalui duburnya dan menghela sekali dibahagian muka dan belakangnya
Sama-sama kita memperelokkan solat kita agar kita terlepas daripada siksa tersebut. Jika ada yang tinggal sebelum ini, gantilah solat tersebut selagi kita masih bernyawa. Selagi pintu taubat masih terbuka.
Smiley face

Sunday, April 12, 2015

Antara Tanda kecil kiamat

Antara Tanda kecil kiamat :

  • Terbinanya bangunan2 pencakar langit
  • Terbinanya masjid yg besar besar berlawan lawan membina masjid tapi tiada qoriah
  • Berlakunya gerak gempa
  • Bilamana suami takut isteri
  • Bilamana seorang ibu lebih takot dan hormat anaknya
  • Bilamana manusia lebih suka belanjakan harta kearah kejahatan dibandingkan belanjakan harta ke jalan Allah
  • Bilamana arak menjadi minuman biasa
  • Bilamana manusia lebih berminat kepada hiburan
  • Bilamana org2 agama lari ke bukit atau ke hutan
  • Bilamana bapak rogol anak
  •  


Antara Tanda besar kiamat :

  • Lahirnya Iman Mahdi (Imam Mahdi tak akan mengaku dia adalah Imam Mahdi)
  • Akan keluar dajjal
  • Akan keluar yakjuf makjud
  • Matahari keluar dari barat
  • Akan berlaku tiupan sangka kala

Smiley face

Kuatkan Murobbi kami

Dalam dunia ini utk lakukan kebaikan pasti ada cabaran, untuk tegakkan kebenaran pasti ada halangan, untuk sampaikan yang haq pasti akan ada caci makian dan itulah manisnya iman buat yang melaluinya pasti merasa kemanisannya

Kita tak nak bantu mereka yang menegakkan agama Allah atas muka bumi tak mengapa tapi tolong jangan hina mereka, jangan fitnah mereka yang berusaha utk menegakkan islam dan segala hukumnya 😢😢  Andai kita ragu dengan hasil usaha mereka, itu bukan urusan kita utk pertikaikannya,  andai benar mereka dusta,  itu urusan mereka utk menjawab dihadapan Allah swt

Buat mereka para ilmuan agama, moga Allah terus istiqomahkan mereka, kuatkan mereka dan memudahkan urusan mereka utk meneruskan kerja kerja agama tanpa jemu sehingga ke denyut nadi mereka yg terakhir 😄😄 

 Biar di caci hina manusia semoga diangkat darjat di sisi pencipta!!!!

Smiley face

Wednesday, April 8, 2015

Murobbi

Keras mereka mengegarkan hati...kelembutan mereka menyetuh sanubari...Mereka murobbi yang aku cinta dan kasihi kerana Illahi yang sudah banyak melembutkan dan membuka hati dalam menyusuri perjalanan hidup ini untuk KEMBALI..terima kasih wahai Illahi pencipta langit dan bumi sesungguhnya engkau maha memberi lagi maha mengetahui...kuatkan dan tabahkan aku dalam jalan ini buang riak dan takabbur dalam diri... 




Smiley face

Sunday, March 15, 2015

Doa nabi Adam a.s

Amalkan doa nabi Adam a.s kalau merasa diri hamba banyak dosa walau dimana kita berada




Smiley face

4 amalan mati husnul khotimah

4 amalan mati husnul khotimah

1. Ayat terakhir surah at taubah
2. Penghulu Istighfar
3. Tasbih
4. Selawat fatih

-Minyatul Musolli by Syeikh Daud Al-Fathoni-




Smiley face

Tuesday, February 24, 2015

Azam 2015

Harap belum terlambat untuk aku senaraikan azam :

Sekurangnya ;
  1. khatam quran 3 kali
  2. hafaz juz amma'
  3. puasa sunat 2 kali sebulan/24 hari
  4. Tahajjud 7 kali
  5. Perkukuhkan hafazan (10 surah)
  6. **aku simpan azam ke 6 dalam hati :)

Sungguh nampak ringat bagi kalian
Tapi berat dan sarat bagi aku ahli maksiat
Doakan aku kuat 
Jangan liat dalam ibadat 😥😥

Aku sayang semua kerana Illahi 😍

Alhamdulillah azam tahun 2014 yang lalu sudah aku realisasikan :
  1. Hafaz 10 surah
  2. Puasa sunat setiap Bulan
  3. Khatam Quran 2 kali 



Smiley face

COPYRIGHT@YOU HAVE THE RIGHT TO COPY