Friday, May 30, 2014
Pintu 'Ajaib'
Wednesday, May 21, 2014
Hafal 10 ayat ini
Thursday, May 15, 2014
Tuesday, May 13, 2014
Penat
Aku juga penat
Aku juga mahu berehat
Aku sudah penat dengan setiap yang berlaku
Aku sudah penat berdepan dengan manusia 'palsu'
Aku sudah penat mendengar tomahan membuta tuli
Aku sudah penat mendengar yang kononnya janji tapi tidak ada satu yang pasti
Aku sudah penat menunggu dan terus menunggu
Aku sudah penat dijadikan boneka penipuan manusia
Aku sudah penat melihat pertelagahan manusia
Ya...aku sudah penat sebelum masanya
Bukan aku mahu mengalah
Aku juga manusia lemah
Aku ingin kongsikan dengan pembaca
Bahawa aku juga sudah penat
Mahu saja aku menjerit kuat
Melepaskan segala yg terbuku dan terpahat
Semoga aku dan kamu kuat
Untuk terus berjuang di atas jalan ini
Doakan
Tahajjud
Berdua
Semua mahu berdua
Pilihan mahu saja yang kaya dan bergaya
Semua mahu berdua
Tapi sering lupa DIA
Semua mahu berdua
Tapi syaitan sering jadi yang ketiga
Semua mahu berdua
Tapi sering salah pilih 'dia'
Buat yang belum ada
Semoga Sempat untuk berdua
Sebelum berdua
Cari dulu DIA
Semoga kita diketemukan dengan 'dia'
Yang menjaga hubungan dengan PENCIPTA
Aku doa semoga kita akan bahagia :)
NiatKu
Sungguh
Niatnya mahu aku bukukan segala cerita
Bukan untuk buka aib sesiapa
Sekadar berkongsi cerita kisah suka dan duka
Yang baik diterima
Yang buruk dijadikan benteng buat pembaca
Agar tidak turut sama
Rebah di dalamnya
Hidup ini pasti ada pasang surutnya
Hidup ini pasti ada suka dukanya
Hidup ini pasti ada mula dan hujungmya
Hidup ini pasti akan diisi dengan rasa cinta
Kerna rasa itu impian setiap manusia
Bercinta dan dicinta
Rasa yg akan lahir tak semena-mena
Tanpa kita duga
Seolah yang mati bisa terjaga
Hati
Tuhan
Kau berikan kami sekeping hati
Jadikan hati kami hati yg sentiasa tunduk kepadaMu
Jadikan hati kami hati yang senantiasa taat kepadaMu
Jadikan hati kami hati yang sentiasa tunduk dengan kehendak nafsu kami
Jadikan hati kami hati yang jauh dari sifat riak dan takabbur
Jadikan hati kami hati yang mudah menerima segala ilmuMu
Jadikan hati kami hati yang sentiasa dekat denganMu
Jadikan hati kami hati yang sentiasa bersih dalam redhaMu
Terangi hati kami dengan cahaya iman
Wahai pembolak balik hati, tetapkan hati kami di atas jalanMu sehingga akhir hayat kami ya robb...
Semoga sempat
Teruskan berdoa
Agar kita diberi kesempatan untuk berdua , bertiga dan seterusnya
Menambah bilangan ummat Muhammad....
Thursday, May 8, 2014
Rasa demi rasa
Rasa bosan BACALAH QURAN
Rasa tak tenang BACALAH QURAN
Rasa sedih BACALAH QURAN
Rasa sunyi BACALAH QURAN
Rasa marah BACALAH QURAN
Rasa sakit BACALAH QURAN
Rasa sendirian tiada teman BACALAH QURAN
Rasa mengantuk tok sah duk baca la p tidur dulu naaaa ;p
Wednesday, May 7, 2014
Tuesday, May 6, 2014
Pesanku pagi ini
Bacalah,
Abang, kakak, ayah, ibu, adik & saudara saudariku,
Bacalah kalam yang SATU
Di dalamnya terkandung segala ilmu
Dari yang jahil menjadi tahu
Dari yang bodoh menjadi berilmu
Itu pun kalian tak mahu?
Rugilah orang itu
Sampai mati pun tak nak ambil tahu ;)
Jadilah Pemaaf
Aku dulu juga sering alpa..
Maklumlah darah muda...
Amarah menjadi bahan untuk berkata nista
Tapi bila sudah 'tua'
Aku mula berkira kira
Alangkah ruginya kita
Mengahibiskan sebahagian dari masa
Menurut perintah syaitan durjana ;)
Thursday, May 1, 2014
Masih di beri pinjaman
Alhamdulillah..syukur Ya Allah...aku masih bernafas pada hari ini..semoga aku mampu menghabiskan hela nafas yg bersisa dgn beribadat kepadaMu...
Ya Allah jangan kau lalaikan aku dari jalan Mu...
32:12
Bila turunnya kiamat baru nak sedar segala dosa...
Waktu ni baru nak tunduk menyesal dah tak guna...
Dulu tak yakin dgr saja skrg baru nak balik semula ke dunia nak beramal soleh...sudah telambat...
Jom selawat
Esok jumaat
Banyakkan selawat
Semoga mendapat shafaat
Kelak di akhirat
Jom sambil baca ni selawat 10x