Aku juga penat
Aku juga mahu berehat
Aku sudah penat dengan setiap yang berlaku
Aku sudah penat berdepan dengan manusia 'palsu'
Aku sudah penat mendengar tomahan membuta tuli
Aku sudah penat mendengar yang kononnya janji tapi tidak ada satu yang pasti
Aku sudah penat menunggu dan terus menunggu
Aku sudah penat dijadikan boneka penipuan manusia
Aku sudah penat melihat pertelagahan manusia
Ya...aku sudah penat sebelum masanya
Bukan aku mahu mengalah
Aku juga manusia lemah
Aku ingin kongsikan dengan pembaca
Bahawa aku juga sudah penat
Mahu saja aku menjerit kuat
Melepaskan segala yg terbuku dan terpahat
Semoga aku dan kamu kuat
Untuk terus berjuang di atas jalan ini
Doakan
No comments:
Post a Comment