Sungguh
Niatnya mahu aku bukukan segala cerita
Bukan untuk buka aib sesiapa
Sekadar berkongsi cerita kisah suka dan duka
Yang baik diterima
Yang buruk dijadikan benteng buat pembaca
Agar tidak turut sama
Rebah di dalamnya
Hidup ini pasti ada pasang surutnya
Hidup ini pasti ada suka dukanya
Hidup ini pasti ada mula dan hujungmya
Hidup ini pasti akan diisi dengan rasa cinta
Kerna rasa itu impian setiap manusia
Bercinta dan dicinta
Rasa yg akan lahir tak semena-mena
Tanpa kita duga
Seolah yang mati bisa terjaga
No comments:
Post a Comment