Matahari terbit sebelah barat tu tanda besar kiamat...masa tu dah tak bleh buat apa dah abang kakak adik ayah dan ibu yg saya kasihi....selagimana kita bangun pagi dan matahari masih terbit sebelah timur jangan lupa untuk bertaubat kepada Allah...semoga Allah ampuni kita...
Dari Abu hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Belum akan terjadi kiamat sehingga matahari terbit dari barat. Apabila matahari telah terbit di barat, manusia akan iman semuanya. Tetapi ketika itu imannya tiada berguna lagi apabila sebelumnya dia tiada beriman, atau tiada berbuat kebajikan dengan imannya itu.”
Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Ada tiga perkara, apabila ketiganya terwujud, maka iman seseorang tiada berguna lagi apabila dia belum iman sebelumnya atau tiada berbuat kebajikan dengan imannya itu. Iaitu;
[1]. Apabila matahari terbit dari barat.
[2]. Dajjal keluar.
[3]. Dabbah (binatang melata) berkeliaran di muka bumi.” [0130]
Pintu taubat Allah itu maha luas sahabat...Allah itu tak pernah tidur tak pernah kantuk...mintalah keampunan dari Nya sesungguhnya Dia maha pengampun...saya juga menyeru diri saya yg hina ini untk sentiasa bertaubat kepada Allah sebelum nyawa berada di halkum sebelum matahari terbit dari barat...
No comments:
Post a Comment